senyumlah senyumlah ahai cek mek molek..

✎dya nasir |⊙Wednesday, December 14, 2011| ☑
comei kan kambing ni senyum??hehe 

Mampukah kta senyum atau ketawa walaupun dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika mampu sekalipun mungkin orang akan anggap kita 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali kita dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika kita mempunyai wajah sedemikian kita adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan kita berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.



senyuman paling ikhlas..hehe 


haiwan pun reti senyum.. 

Senyumlah..dengan setulus hati...pasti kita mampu
membuatkan orang yang melihatnya rasa tenang hati....
Itulah ajaibnya senyum....

4 comments:

  1. senyum, xperlu kata apa2.hehehe..dengan senyuman, kte dpt menyinari hdup org laen.org tgk pn sng ati.

    ReplyDelete
  2. pandai arelan nyanyi..heheh.. btl tu..org tgk pun seng hati..:D

    ReplyDelete
  3. org yg senyum takpe, kalau binatang yg senyum? huhu. nnt cuakkk. ;)

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page