diet mengikut jenis darah..

✎dya bunga |⊙Monday, January 30, 2012| ☑


disebabkan berat badan dya naik 1kg jadi kena lah diet.. masa tengah cari maklumat utk assigment terjumpa satu info yang sangat menarik.lepas ni kalau nak diet kena ikut tips ni..

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.


darah a

yang disarankan

  • ambil diet vegetarian yang mengandungi lektin yang sedikit.. lektin ni sejenis protein/asid amino yang terdapat dalam makanan.
  • kalau korang ambil lektin pada kuantiti yang banyak akan mengkibatkan masalah perut..  kalau nk sakit makan lah pada kuantiti yang byk..hehe
  • golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.  menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
  • boleh makan makanan yang berasaskan haiwan sperti ayam atau daging tapi perlu ambil dalam kuantiti yang terbatas.
  • perlu ambil sayur-sayuran dah buah-buahan pada kuantiti yang banyak.
  • hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:

  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet 

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'





  • menghindari makanan beku atau makanan dalam tin 
  • makan  makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
  • ambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak untuk elak kan  penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus
  • digalakkan mengambil Makananseperti daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
  • perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Ciri khas golongan darah B:

  • melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan dan had pengambilan daging.
  • mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
MENU
  • Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
  • Snek: Jus anggur
  • Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
  • Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
  • Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DARAH AB
  • Pola makangabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
  • Penyakit yang berisiko dijangkiti-sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
  • pengambilan jenis makanan - hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
  • menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
  • kekacang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit
  • kurangkan makanan yang berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga digalakkan bersenam
Menu 
  • Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
  • Snek: Yogurt
  • Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
  • Snek: Kek keju dan teh herba
  • Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
DARAH O


  •  lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat.
  • menghadkan pengambilan buah-buahan. 
  •  menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
  • Dr. Peter J.D'Adamo menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
  • Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
  • Tidak perlu mengambil makanan seperti telur, susu, gandum dan kekacang kerana tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Ciri khas golongan darah O:

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • ambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.
Menu diet 
  • Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
  • Snek: Teh herba
  • Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
  • Snek: Sepotong kuih
  • Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
dya jenis darah O, patutlah alergi nasi, kacang.. rupanya memang tak boleh makan

27 comments:

  1. Cik Nur tak tahu la darah cik Nur jenis ape..huhuh

    ReplyDelete
  2. nad darah AB..:)

    patut r nad hilang 2kg sebab dah lama xmkn daging..huhu..

    ReplyDelete
  3. gud info.. tq for sharing ;)

    ReplyDelete
  4. Hi dya...
    Anty pun darah jenis O..
    Thanks for the info ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Aduh..Serius! Mak usu xtahu Mak Usu darah jenis apa..huhu...

    ReplyDelete
  6. agreed.. last time masa practical budak gym ada gtau nak gain/loss weight depend pd jenis darah jgk.. tp still x gain weight... Arghhhh!!! nk 5 kilo....

    ReplyDelete
  7. thanks sharing info,,lupa lak darah jenis apa,,

    ReplyDelete
  8. thanks sharing info,,lupa lak darah jenis apa,,

    ReplyDelete
  9. tag awk
    http://akusijebat.blogspot.com/2012/01/segmen-sedetik-lebih-bersama-ibu-dan.html
    klu lapang join la ye :)

    ReplyDelete
  10. ey..tataw lak diet nih kena ikut jenis darah...

    thankx 4 diz info..:)

    ReplyDelete
  11. saya pun jenis darah O, patut la sakit perut bila minum susu.., kecuali susu kambing.. sebab teksturnya lebih mudah untuk dihadam..

    lagipun.., saya ada terbaca, darah jenis O sesuai makan daging sebab asid perut darah O lebih kuat dari jenis darah yang lain...

    darah o juga dikenali sebagai darah primitif,.. iaitu jenis darah yang tertua.. jenis darah yang lainnya dipanggil darah revolusi...

    walaupun tak boleh ambil darah orang lain...
    tapi orang jenis darah O ni ramai... sebab darah tertua sekali...


    Allah itu Maha Adil kan... terbukti! :-)

    ReplyDelete
  12. hehehe... sy pun tak pasti.. sy darah jenis apa...

    ReplyDelete
  13. nur xsure la drh jnis ap..O kot..neweyz..thankzz :)

    ReplyDelete
  14. anis darah B tp jenis ta suke mam sayur....huhuhuuh

    ReplyDelete
  15. naik 1 kg je pun..
    tu pn nk diet ke dya?
    hihihi

    ReplyDelete
  16. dya,nad pon xpernah makan macaron tu..tu yg nk rasa..:)

    ReplyDelete
  17. smpai hari ni cik mama still tak leh nak ingat darah jenis apa...hahhahahhah... but nice info.

    ReplyDelete
  18. as salam..
    dya!! pakciik suka entri ni!!

    >__<

    erk. kena kontrol makan.
    uhh..tapi musimw sejuk elok gemuk.

    6___9

    pening nak jaga diet di musim saejuk

    nad..kata macaron?? apa tu? macaraoni pakcik tau la. hhuhu

    ReplyDelete
  19. nice info..tapi sm tak tahu sm darah jenis apa..nnt dh taw boleh lah sm amalkn..:D

    ReplyDelete
  20. jgn diet lebih2.nanti bertambah gemuk.kenapa?sebab dah lama tahan nafsu,bila xtahan g,ha ambikkk tu terus melantak xingat dunia...kehkehkeh...tips aku pulak pastikan ambik breakfast secukup2nya,and i find that the rest of the day aku xlapar sgt pastu...huhu :)

    ReplyDelete
  21. yezza.saya suka bersukan.memang darah A sejati.tapi kan, kenapa lak kena hindar susu n daging???saya setiap pagi n malam wajib minum susu.hmmmm

    ReplyDelete
  22. Nice sharing...nasib bek gua six pax...wakaka

    ReplyDelete
  23. darah o ke a...tak ingat..hahaha

    ReplyDelete
  24. akak tahu jugak pasal ni mase bace majalah tips kesihatan. :)

    ReplyDelete

dah baca jangan lupa komen ye..
satu pun jadi lah..:)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page